Home Berita PAS Sabah

PAS Sabah bersama NGO bantu mangsa banjir Tenom

66
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
8 November 2022

TENOM: PAS Sabah bersama-sama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bantu mangsa banjir di Tenom semalam.

Menurut ADUN Sabah (Dilantik) Dr Aliakbar Gulasan, Sabah Relief, Perkeps, Muslim Care dan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Sabah menghantar sumbangan kepada penduduk Kampung Pulong, Kampung Binai dan Kampung Jawa Sumbilin.

“Sumbangan yang dihantar kali ini berbentuk tilam dan beberapa keperluan makanan asas yang lain.

“Terima kasih kerjasama daripada beberapa NGO dan tuan-tuan yang telah menyumbang dalam bantuan banjir ini,” ujar Dr. Aliakbar yang juga Setiausaha PAS negeri.

Salah seorang mangsa, Rosmani Jamar, 60, menzahirkan kesyukuran dengan bantuan yang diberikan kepada mereka.

“Saya sangat bersyukur atas sumbangan yang diberikan kerana ini merupakan keperluan yang amat kami harapkan.

“Saya terharu dan sangat-sangat berterima kasih. Beberapa hari ini kami tidur atas lantai sahaja dan alhamdulillah kami dapat bantuan tilam yang sangat kami perlukan. Terima kasih PAS,” ujarnya ketika ditemui pemberita.

Dr Aliakbar masih mengharapkan sumbangan yang berterusan kerana kebiasaan banjir kilat ini berlaku pada hujung tahun.

Orang ramai yang berhajat untuk menghulurkan sumbangan bolehlah disalurkan menerusi akaun maybank Pertubuhan Kesejahteraan Komuniti KGU, 560090117935 dengan rujukan banjir.

Setiap sumbangan bolehlah memaklumkan kepada Abdul Muien Mohd Noor, Pengerusi LKK PAS Sabah di talian 0138021017.