Home Berita PAS Sabah

PAS Sabah berjaya laksana tanggungjawab kepada rakyat ekoran pandemik Covid-19

1599
SHARE

Oleh : Mustaman Bin Mustain
16 April 2020

SANDAKAN : Setelah berlalu 2 fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19, PAS Sabah telah menunjukkan kejayaan melaksanakan tanggungjawab menyantuni ‘Frontliners’ dan rakyat yang terkesan ekoran pandemik Covid19.

Demikian diterangkan oleh Pengerusi Task Force Covid-19 PAS Sabah, Sahar Abdul Majid pagi tadi di Taman Indah Jaya, dekat sini ketika diminta mengulas kejayaan badan bertindak berkenaan.

Jelas Sahar, Task Force yang telah ditubuhkan sejak sebelum bermula PKP itu telah membelanjakan RM161,000 bagi membantu barisan hadapan dan rakyat yang terputus bekalan makanan sepanjang tempoh tersebut.

Katanya, pihaknya telah menyumbang 2500 unit pelindung muka (face shield), alat pengukur tekanan darah, kanopi, kipas dan makanan kering bagi petugas barisan hadapan di beberapa buah pusat kesihatan dalam negeri ini.

“Antara yang kita bantu ialah Hospital Duchess of Kent di Sandakan, Hospital Besar Tawau, Hospital Semporna, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah di Kota Kinabalu, Hospital Keningau dan Klinik Putatan,” ujarnya.

Tambahnya, PAS Sabah turut menyantuni rakyat yang terputus bekalan makanan sepanjang tempoh PKP ini termasuklah golongan fakir miskin serta keluarga yang hilang punca pendapatan.

“Lebih 4000 keluarga telah disantuni dengan sumbangan barang keperluan dapur yang melibatkan Daerah Papar, Kota Kinabalu, Tawau, Kalabakan, Putatan, Lahad Datu, Keningau Sandakan, Kudat, Ranau, Kinabatangan, Tuaran dan Kota Belud ,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Khidmat Malaysia PAS Sabah itu turut menyatakan komitmen untuk terus membantu kerajaan bagi menangani Covid-19 melalui kerja kebajikan sepeti ini lebih-lebih lagi menghampiri bulan Ramadan.

“Orang ramai dialu-alukan untuk memgambil bahagian dalam misi berkenaan yang memerlukan dana yang banyak agar ia terus berjaya sehingga Covid-19 dapat dibanteras sepenuhnya,” katanya.

Beliau turut berpesan kepada orang ramai agar sentiasa mendengar arahan kerajaan dan menjaga kesihatan disamping duduk di rumah, mengamalkan penjarakkan sosial serta membasuh tangan menggunakan sabun dengan kerap.