Oleh: Aizal Samsaruddin
4 Ogos 2025
SANDAKAN: PAS Negeri Sabah telah menganjurkan bacaan yasin dan tahlil perdana buat Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir yang telah meninggal dunia pada 16 Julai lalu.
Majlis bacaan yasin yang bermula pukul 9 malam semalam, telah dipimpin oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah, Adzman Jupri.
Majlis tersebut diadakan adalah bertujuan untuk mendoakan kesejahteraan buat Al-marhumah Adik Zara Qairina Mahathir.
Dalam majlis berkenaan, Ketua Dewan Ulamak PAS Kalabakan, Roslan Ramli, turut berkesempatan menyampaikan tazkirah tentang kelebihan mati syahid.
Terdahulu, PAS Sabah menggesa agar siasatan telus perlu perlu dijalankan berhubung kematian tragis seorang pelajar berusia 13 tahun.
PAS Sabah berharap agar kematian adik Zara mendapat keadilan dan pembelaan yang setimpal buat ahli keluarganya.