:: 20 September 2020 / 2 Safar 1442H
PAS Kawasan Rompin bergerak menyiapkan jentera penerangannya bagi menyampaikan maklumat parti kepada masyarakat dengan lebih berkesan.
Satu pasukan media PAS Rompin dibentuk dan hadir ke bengkel simulasi Pengamal Media PAS pada hari ini yang bertempat di PUTRA, Balok.
Pasukan Media ini akan menjadi ejen menyampaikan hasrat pimpinan, aktiviti di setiap DUN di Rompin dan menerangkan hala tuju parti kepada masyarakat.
“Pasukan media akan diperkemaskan di semua peringkat dalam kawasan Rompin dan berhasrat menjadi ejen penting dalam membantu parti” kata Ketua Penerangan PAS Kawasan Rompin, Syed Razman Syed Mohamad.
PAS Rompin mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menjadi sukarelawan media PAS Rompin. Mereka boleh menghubungi 019 749 7445 atau 014 500 6871.
Penulis: Mohammad Khairul Izwan bin Ghazali