Home Berita PAS Sabah

PAS rayu sumbangan orang ramai bantu mangsa kebakaran Kampung Muhibbah.

1139
SHARE

Oleh : Muhammad Salman Darwis

15 Ogos 2019

SANDAKAN : PAS Sandakan merayu sumbangan kewangan orang ramai bagi membantu mangsa kebakaran Kampung Muhibbah yang dilanda musibah tersebut pada 13 Ogos lalu.

Rayuan itu disuarakan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Sandakan, Ramlan Rahimen selepas menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada mangsa di lokasi kebakaran semalam.

Katanya, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam, 10043010003627 atas nama PAS Kawasan Sandakan dan memaklumkannnya kepada wakil mereka, Mustaman Bin Mustain di talian 0165505740 bagi setiap sumbangan yang diberi.

Mereka juga difahamkan, sehingga semalam tiada pihak yang datang membantu mangsa dan hanya PAS Sandakan yang tampil menghulurkan bantuan termasuk sumbangan makan malam.

Tambah Ramlan, mangsa juga tidak ditempatkan di mana-mana Pusat Penempatan Sementara dan hanya mengharapkan ihsan saudara mara untuk tumpang berteduh.

“Ada juga sekeluarga 15 orang tiada tempat berteduh dan mereka terpaksa berada di lokasi kebakaran tersebut sehingga ada tempat penginapan yang lain,” jelasnya lagi.

Ramlan turut menyarankan orang ramai untuk hadir ke lokasi berkenaan bagi membantu sendiri mangsa yang dilanda musibah itu dan memberikan apa-apa sumbangan wajar.

Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari pada selasa itu telah mengakibatkan 8 buah keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila ia berlaku ketika majoriti penghuni berada di tempat kerja.