Home Artikel PAS Sabah

PAS rakam ucapan takziah kepada mangsa kebakaran Kampung Singkee

583
SHARE

Oleh : Muhammad Salman Darwis
21 Februari 2020

BATU SAPI : Khidmat Malaysia PAS Negeri Sabah melalui Pengerusinya, Sahar Abdul Majid merakamkan ucapan takziah kepada mangsa kebakaran Kampung Singkee, yang berlaku dekat sini pagi tadi.

Musibah tersebut turut mengorbankan nyawa seorang ibu dan dua orang anaknya antara usia 2 hingga 4 tahun disamping beberapa keluarga yang hilang sehelai sepinggang.

Ketika ditemui semasa menziarahi mangsa tadi, Sahar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah turut bersedih dan melahirkan perasaan simpati kepada mangsa-mangsa berkenaan.

Pihaknya turut membuka sumbangan kewangan melalui akaun Bank Islam PAS Kawasan Batu Sapi, 10043010020212 bagi orang ramai yang berhajat membantu mangsa berkenaan.

Selain itu, Sahar turut menggesa kerajaan negeri untuk membina lebih banyak perumahan rakyat bagi menyelesaikan masalah kebakaran yang berlaku di kawasan setinggan seperti tragedi ini.

“Penduduk tidak ada pilihan untuk memiliki rumah mampu milik yang menyebabkan mereka terpaksa membina rumah di kawasan setinggan yang mudah terlibat dengan kebakaran,” katanya.

“Peristiwa ini merupakan antara siri kebakaran yang sering berlaku di Sabah sebagaimana kita tahu beberapa minggu lalu musibah sama turut berlaku di Lahad Datu,” ulasnya lagi.

Justeru, pihaknya menyarankan kerajaan pimpinan Datuk Seri Shafiee Apdal menyelesaikan isu rakyat ini segera dengan membuat penyusunan semula kampung serta membina lebih banyak rumah mampu milik.