Home Kenyataan Media Presiden PAS

PAS rakam tahniah pelantikan Perdana Menteri ke-9

134
SHARE


Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

𝗣𝗔𝗦 π—₯π—”π—žπ—”π—  π—§π—”π—›π—‘π—œπ—”π—› π—£π—˜π—Ÿπ—”π—‘π—§π—œπ—žπ—”π—‘ π—£π—˜π—₯𝗗𝗔𝗑𝗔 π— π—˜π—‘π—§π—˜π—₯π—œ π—žπ—˜-𝟡


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menjunjung kasih titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah yang telah memperkenankan pelantikan YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.

PAS juga mengucapkan setinggi tahniah kepada YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob atas pelantikan ini dan mendoakan agar sentiasa dikurniakan taufiq dan hidayah-Nya bagi melaksanakan tanggungjawab yang amat berat ini.

PAS menyeru semua pemimpin dan rakyat untuk menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong ini, bagi membolehkan kerajaan meneruskan segala usaha untuk menangani pandemik Covid-19, memulihkan ekonomi dan memperkukuh perpaduan dalam negara.

β€œISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Tarikh: 11 Muharram 1443 / 20 Ogos 2021