Home Berita PAS Sabah

PAS Putatan ziarah ibu tunggal dan asnaf Kg Lok Kawi Baru

863
SHARE

Oleh : Yuslie bin Yussof
8 September 2020

PUTATAN: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Putatan telah menziarahi ibu tunggal dan asnaf di Kg Lok Kawi Baru pada Sabtu lalu.

Hadir dalam program ziarah ialah 20 orang petugas Skuad Prihatin PAS Putatan yang diketuai oleh Mohd Azri Mohd Ridhwan, Komandan Jabatan Amal Malaysia Negeri Sabah Kawasan Putatan, dengan bantuan Haji Radik, Pengerusi dan Haji Kassim bin Muyang, Bendahari Masjid Dhuyufur Rahman.

Selain menyampaikan sumbangan, misi kali ini menyasarkan untuk mengumpulkan data ibu-ibu tunggal yang layak memohan Bantuan Khas Ibu Tunggal di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

PAS Putatan mengambil langkah proaktif dengan menawarkan khidmat untuk membantu menyalurkan permohonan ibu-ibu tunggal kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ini adalah bagi memastikan mereka berpeluang mendapat Bantuan Khas Ibu Tunggal yang akan berakhir 31 Oktober ini.

Menurut Mohd Azri, usaha menjejaki dan menziarahi ibu tunggal dan asnaf di sekitar daerah Putatan akan tetap diteruskan kerana ibu tunggal adalah golongan yang memerlukan pembelaan, apatah lagi ramai dalam kalangan mereka yang terpaksa menyediakan nafkah buat anak-anak.

Sementara itu, Haji Radik ketika ditemui menyatakan bahawa, pihak masjid sangat mengalu-alukan kerjasama seumpama ini dan berharap usaha ini dapat membantu menjaga kebajikan ahli kariah di Kg Lok Kawi Baru.