Home Berita PAS Sabah

PAS Putatan teruskan agenda kebajikan di DUN Tanjung Keramat

1097
SHARE

Oleh : Aisyah Ramadha Ismail
18 Ogos 2020

PUTATAN : PAS Putatan akan terus komited menjalankan agenda kebajikan dengan memberi perhatian khusus kepada para asnaf dan rakyat DUN Tanjung Keramat yang memerlukan.

Demikian ditegaskan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Putatan, Ustaz Muhammad Akmal Othman semasa ziarah asnaf Kampung Pituru, dekat sini Ahad lalu.

Hampir 40 orang penerima sumbangan barang keperluan asas dapur bagi penduduk kampung yang terletak di Lok Kawi itu.

“Alhamdulillah, PAS Putatan membuktikan telah menunaikan amanah sumbangan para dermawan sepanjang tahun,” ujar Ustaz Akmal.

“Kita sentiasa bersedia turun membantu, dan setakat ini misi kebajikan kita merangkumi bantuan musibah, bantuan sempena Perintah Kawalan Berkurung (PKP) akibat Covid-19, serta pelbagai bantuan kebajikan tanpa mengira musim,” tambahnya.

Turut hadir Pengarah Pilihanraya, Yusrizal Anuar, Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Wawa Athiyah Aziz, serta lebih 30 orang petugas yang terlibat membantu agihan sumbangan.

Menurut Yusrizal, PAS Putatan akan meneruskan usaha membantu penduduk di sini.

Persempadanan semula kawasan pilihan raya baru-baru ini menyebabkan Kampung Pituru kini menjadi sebahagian daripada Parlimen Putatan.