Home Berita PAS Sabah

PAS Putatan terus prihatin kebajikan rakyat

42
SHARE

10 April 2023
Oleh : Aisyah Ramadha Ismail

PUTATAN : Bulan Ramadan adalah bulan yang diberkati dan diturunkan Al-Quran. Allah SWT turunkan al-Quran sebagai petunjuk manusia, kata ADUN Dilantik Sabah Dr Aliakbar Gulasan.

Beliau berkata, beruntungnya umat Islam ini sebab Allah tidak membiarkan mereka hidup di bumi berlandaskan hanya nafsu dan akal.

“Semarak Kasih Ramadan PAS Putatan ini dilaksanakan bagi membantu asnaf tidak kira bangsa dan agama sekali pun sebab ia tuntutan syariat Islam,” ujarnya.

Program ini dihadiri seramai 50 penerima sumbangan sempena Semarak Kasih Ramadan yang terdiri daripada masyarakat Kampung Meruntum dan Pasir Putih, Putatan.

“Selain berpuasa, kita jalankan kerja-kerja kebajikan seumpama ini, tapi kita isi juga bulan Ramadan dengan ibadah antaranya memperbanyak membaca al-Quran. Mudahan-mudahan perjumpaan seperti ini, menarik rahmat daripada Allah SWT,” katanya ketika ziarah di kampung.

Hadir sama Ketua Kampung, Mohd Alias Mohd Yusof dan Pengerusi Masjid, Haji Zakaria Abd. Rahman serta ahli jawatankuasa PAS Kawasan.