Oleh : AHMAD FAIDHI MAWARDI
10 September 2019
KEPAYAN : Lajnah Penerangan dan Media Baru PAS Putatan mengambil inisiatif menganjurkan Bengkel Penulisan Berita di sini kelmarin bagi mencungkil kemahiran penulisan dalam kalangan ahli.
Bengkel tersebut telah disampaikan oleh Amiruddin bin Mohd Rosdi, Penolong Setiausaha 1 PAS Sabah merangkap Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah dan disertai 15 orang peserta dalam kalangan ahli. Turut hadir ialah Asmaidie Asbie, Setiausaha PAS Putatan.
Dalam bengkel yang diadakan, Amiruddin telah berkongsi berkenaan asas penulisan berita, penggunaan laras Bahasa dan format yang betul dan disusuli latihan praktikal dalam kalangan peserta.
“Dengan penganjuran bengkel seumpama ini mampu melahirkan bakat-bakat penulisan baharu khususnya di kawasan ini,” ujar Asmaidie Asbie.
Selain itu, ahli juga dapat cakna isu-isu semasa dan tempatan serta meningkatkan ilmu pengetahuan apabila melibatkan diri dalam bidang penulisan.