Home Berita PAS Sabah

PAS Putatan edar sumbangan bakul Ramadan

167
SHARE

Oleh : Aisyah Ramadha Ismail
14 April 2022

PUTATAN : PAS Putatan telah mengedar sumbangan bakul Ramadan pada Sabtu dan Ahad lepas di Kampung Sri Pandan, Kampung Meruntum, Tanjung Aru, Kampung Kopungit dan Cybercity yang terlibat dengan kebakaran baru-baru ini.

Sebanyak 123 buah keluarga telah menerima sumbangan berupa barang keperluan asas dapur seperti beras, telur, minyak dan lain-lain disampaikan oleh Yang Dipertua, Muhammad Akmal Othman.

Menurut Ketua Penerangan PAS Putatan, Zulzaim Hilmee Abidin, sumbangan bakul Ramadan ini merupakan program tradisi sebelum ini.

β€œSelain itu kami juga turut menganjurkan program edaran kurma dan makanan sahur kepada petugas-petugas kesihatan yang bertugas serta ziarah asnaf di kawasan Parlimen Putatan pada bulan Ramadan.

β€œKami berharap dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang memerlukan,” ujarnya lagi.