Home Berita PAS Pulau Pinang

PAS PULAU PINANG SANTUNI MANGSA BANJIR KEDAH

1753
SHARE

Oleh : Wardah Abdul Rahman

Ahad, 14 Oktober 2018

NIBONG TEBAL : Prihatin terhadap nasib mangsa banjir di negeri Kedah, PAS Pulau Pinang menerusi Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga  menggerakkan bantuan ke tempat yang dilanda banjir sekitar Sik dan Baling, Kedah hari ini.

ADUN Penaga, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah berkata, gerakan bantuan mangsa banjir hari ini bermula seawal pagi tadi membabitkan seramai 25 sukarelawan PAS, Muslim Care dan Kelab A4C Pulau Pinang.

Menurut Ustaz Yusni, 200 keluarga yang terjejas akibat banjir di dua daerah berkenaan menerima bantuan berupa barang keperluan dapur seperti beras, biskut, gula dan minyak masak.

Mangsa banjir dalam kawasan Baling sekitar Kampung Baru, Kampung Lalang dan Tanjung Pari di Baling antara yang terawal disantuni.

Beberapa mangsa dalam kawasan Sik seperti Kampung Melaka, Kampung Landai dan Belantik turut menerima bantuan.

Program ini juga turut dihadiri ADUN Belantik, Mohd Isa Shafie selaku tuan rumah.

PAS Kedah melahirkan rasa terharu dengan komitmen dan bantuan yang dihulurkan PAS Pulau Pinang bersama beberapa NGO hari ini.