Home Berita PAS Pulau Pinang

PAS Pulau Pinang | Himpunan Anak Pulau Pinang di Perantauan

1583
SHARE

Bismillahirrahmanirahim, Assalammualaikum wbt

Untuk makluman, Majlis Makan Malam sempena Himpunan Anak Pulau Pinang di Perantauan akan di adakan pada:

Tarikh : 17 Februari 2018
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 mlm
Tempat : Hotel Seri Malaysia,
Kepala Batas, P.Pinang

Anjuran: Unit Pengundi Luar,
Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Pulau Pinang.

Program sebegini biasanya diadakan diluar Pulau Pinang, namun memandangkan masa yang agak singkat dan kekangan penggerak2 diluar Pulau Pinang, maka program utk kali yg pertama ini akan diadakan di Kepala Batas.
Menjadi harapan agar ia menjadi satu pemangkin ke arah membuat program sebegini di luar Pulau Pinang, khususnya di Kuala Lumpur dimasa hadapan, in sya Allah.

Sebagai langkah awal, ia akan diadakan di Kepala Batas kerana sasaran kita untuk mnjalinkan hubungan dgn pengundi2 Pulau Pinang yang kini menetap di Kulim, Sungai Petani & Alor Setar.
Pihak urusetia juga akan berusaha utk mengenalpasti pengundi2 P.Pinang yang tinggal di Perak Utara seperti Parit Buntar dan Taiping.

Program Himpunan ini juga dibuat semasa cuti perayaan Tahun Baru Cina kerana ingin mengambil peluang dan kesempatan terhadap anak2 Pulau Pinang yang berada di Kuala Lumpur, Ipoh dan sebagainya yang pulang ke kampung halaman utk bercuti, dgn harapan mereka dpt mnyertai himpunan ini.

Objektif utama program ini adalah untuk membina ikatan silaturrahim & ukhuwwah diantara Unit Pengundi Luar, Jbtn P/Raya PAS Negeri PP dengan pengundi-pengundi Pulau Pinang yang berada di perantauan khususnya yg menetap di Selatan Kedah dan Utara Perak.

Ini juga merupakan salah satu pendekatan Jbtn P/Raya Pas PP dlm usaha utk memaksimumkan faktor kemenangan PAS di DUN & Parlimen2 yang PAS PP tandingi dlm PRU ke 14 ini, in sya Allah.

✅ Untuk mendaftar dan sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor yang tertera (klik link)

?http://www.wasap.my/+6019-4745862/AnakPerantauanPenang (Nazeri Ramli)

?http://www.wasap.my/+6017-5544765/AnakPerantauanPenang (Mohd Naim Othman)

?http://www.wasap.my/+6013-5173371/AnakPerantauanPenang (Ahmad Hasan)

?http://www.wasap.my/+6013-6412959/AnakPerantauanPenang (Daqiqi)

?http://www.wasap.my/+6019-4219325/AnakPerantauanPenang (Luqman Amin)

“Muslimin dan muslimat terutamanya Anak Perantauan Pulau Pinang dijemput hadir beramai2 bagi menyatakan kebersamaan kalian bersama kami.”

Usaha atas kita, izin adalah Allah

Bukhori bin Haji Ghazali
Pengarah
Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Pulau Pinang