Home Artikel PAS Pulau Pinang

Pas Permatang Pauh Tembusi Kubu Umno Di Penanti.

7268
SHARE

Permatang Pauh:Pas mencatat sejarah apabila berjaya tembusi kubu umno di Kampung Terus Penanti,Ketua Penaja Cawangan PAS Saudara Hashim Ahmad 48 tahun yang juga bekas Ketua Caw Umno Kg Terus berkata hati mereka mula terpikat dengan PAS sewaktu peristiwa banjir besar yang lalu apabila kampung mereka lumpuh sepenuhnya dan pada ketika itulah hadirnya jentera-jentera PAS membantu mereka tanpa mengira latar belakang politik,menurutnya lagi tidak seperti parti-parti yang lain yang hanya menunjukan muka setelah banjir hampir surut.Selain dari itu juga kesunguhan PAS dalam mempertahankan kesucian agama Islam yang dipermain-mainkan oleh golongan yang tidak betangung jawab dalam negara.
Beliau bersama 50 yang lain terdiri daripada ahli umno dan Pkr serta penduduk kampung yang tidak berparti bertekad menubuhkan cawangan PAS bagi membantu pada PRU 14 nanti.

Satu majlis penyerahan ahli dan menubuhkan cawangan telah diadakan di Kg Terus pada tanggal 25hb Dis 2017 yang lepas.Beliau menyerahkan borang kepada Tn Hj Omar Hassan (YDP PAS Permatang Pauh) turut hadir beberapa pimpinan PAS Permatang Pauh dan Negeri meraikan kemasukan mereka

Jamsari Samad

Ketua Penerangan PAS

Permatang Pauh