Home Berita PAS Pulau Pinang

PAS Permatang Pauh rai keluarga B40

200
SHARE

Oleh JAMSARI SAMAD

PERMATANG PAUH, 31 MAC – Pembukaan sesi baru persekolah baru kali ini secara bersemuka memberi keterujaan kepada ibu bapa dan pelajar, namum bagi keluarga berpendapatan rendah serta bilangan anak yang ramai perbelanjaan persekolahan cukup membelenggu kewangan harian meraka, beliau juga mengucapkan tahniah kepada Pas Permatang Pauh atas penganjuran program ini. kata Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Ustaz Muhammad Fauzi Yusof.

Katanya lagi, dengan kos sara hidup yang semakin meningkat serta keadaan ekonomi yang terjejas selepas pandemic Covid19 golongan B40 adalah antara mereka yang sangat terkesan dan mesti dibantu samaada dari segi material dan sokongan moral.

Beliau ditemui sewaktu menyempurnakan program agihan sumbangan Back to School anjuran PAS Kawasan Permatang Pauh kepada para pelajar dikalangan keluarga B40 bertempat di PASTI Samagagah pada 26 Mac 2022.

Menurut Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Permatang Pauh Abdul Hakim Hasan, PAS Kawasan Permatang Pauh sentiasa cakna akan permasalahan masyarakat setempat.

Oleh itu progam ini telah menjadi program tahunan bagi meringankan beban kewangan mereka yang terkesan sepert ibu tunggal, dan golongan yang berpendaparan rendah.

Tambahnya lagi,program ini juga berhasrat memberi motivasi dan kecerian kepada para pelajar yang baru sahaja memulakan sesi baru persekolahan.

Para Ibu bapa yang ditemui memanjatkan rasa syukur dengan sumbangan ini, ujar Abdul Hakim

Turut serta dalam program ini termasuk Yang DiPertua Pas Permatang Hj Omar Hasan, Timbalan Yang Dipertua Hj. Amir Hamzah Abdul Hashim serta para pimpinan Kawasan.