Home Artikel PAS Perlis

PAS Perlis Ziarah Mangsa Kebakaran

171
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Lajnah Kebajikan PAS Negeri Perlis telah mengadakan program Ziarah Kebajikan Mangsa Kebakaran di Kampung Baru Tok Kuning, Kuala Perlis semalam.

Diketuai pengerusinya, Wan Hassan Ismail, program turut disertai Pengarah Jabatan Amal Negeri Perlis, Amirul Jufri serta wakil Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar dan ARC Kawasan Kangar.

Salah seorang mangsa, Noor Muhammad bin Muhammad Yusoff, ketika ditemui berkata, sebanyak tiga buah keluarga telah terlibat dalam kejadian yang berlaku pada 22 November lalu.

“Walaupun tiada apa yang dapat diselamatkan, kami redha dengan ujian dari Allah dan bersyukur kerana tiada nyawa yang terkorban,” katanya.

Kesemua mangsa kini ditempatkan di Dewan Orang Ramai Tok Kuning.