Home Artikel PAS Perlis

PAS Perlis Ucap Takziah kepada Mantan Pengarah JPN Perlis.

657
SHARE

PADANG BESAR :  Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis merakamkan ucapan takziah terhadap Encik Dun Bin Kasa, mantan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis atas pemergian bonda beliau baru-baru ini.

Ahli Badan Perhubungan PAS Perlis yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perlis, Ustaz Azamhari bin Mohamood berkata, PAS Negeri Perlis berharap beliau dan ahli keluarganya bersabar serta menerima dengan penuh redha pemergian tersebut. 

Ujar beliau lagi, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan PAS Cawangan Bukit Merah dan bersetuju untuk membantu menganjurkan majlis bacaan tahlil arwah. 

“Beliau (Encik Dun bin Kasa) adalah bekas pegawai kerajaan yang rapat dengan PAS Perlis dan pemergian bonda beliau turut kita rasai. Kita doakan semoga Allahyarhamah ditempatkan di tempat yang mulia di sisi Allah,” katanya ketika ditemui di majlis bacaan tahlil arwah di kediaman Encik Dun bin Kasa di sini.

Majlis turut dihadiri oleh ahli Badan Perhubungan PAS Perlis, Jamil Bin Khamis dan Saudara Aziz Bin Ahmad, Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis selain ahli keluarga beliau, penduduk setempat serta para pemimpin PAS di peringkat cawangan di DUN Beseri.

{jathumbnail off}