Oleh MUHAMMAD HADI
KANGAR, 9 Jan: PAS Negeri Perlis hari ini mengadakan Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS yang bertemakan ‘Islam Menyatukan Ummah, bertempat di Kompleks PAS Negeri Perlis (KOMPAS) di sini.
Program dihadiri seramai 70 orang peserta terdiri daripada kepimpinan PAS di peringkat Badan Perhubungan PAS Negeri, Kawasan-kawasan dan Dewan-dewan.
Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd. Shukri Ramli.
Dua orang AJK PAS Pusat dijemput mengisi slot pembentangan kertas kerja.
Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh membentangkan infografik Ucapan Dasar Presiden PAS manakala slot pembentangan Kertas Kerja Arahan dan Tindakan Ucapan Dasar Presiden PAS dikendalikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ir. Ts. Haji Khairil Nizam Khirudin.
Penganjuran munaqasyah bertujuan memberi penjelasan kepada kepimpinan PAS di semua peringkat berkenaan perkara teras yang terkandung di dalam Ucapan Dasar Presiden PAS yang bertemakan ‘Islam Menyatukan Ummah’ untuk diterjemah dalam bentuk pelan tindakan agar seluruh jentera parti di semua peringkat dapat bergerak seiring dengan hala tuju yang telah ditentukan parti.