Home Artikel PAS Perak

PAS Perak Ucap Tahniah Kepada Menteri Besar Negeri Perak Yang Ke-13

2608
SHARE

PAS Perak ucap tahniah kepada Menteri Besar Perak ke-13

13 Mac 2020

PAS Perak ingin merafakkan setinggi penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah yang telah memperkenankan pelantikan YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Haji Azumu sebagai Menteri Besar Perak ke-13.

PAS Perak juga mengucapkan setinggi tahniah kepada YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Haji Azumu di atas pelantikan ini dan mendoakan agar sentiasa dikurniakan taufiq dan hidayah-Nya bagi melaksanakan tanggungjawab yang amat berat ini.

PAS Perak menyeru semua rakyat Negeri Perak agar menghormati keputusan Tuanku Sultan Perak ini, seterusnya memperkukuhkan muafakat dan perpaduan kaum yang menjadi tonggak kepada kemakmuran negara.

Menjunjung kasih Tuanku.

“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN”

YB HJ RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya PAS Negeri Perak