Home Artikel PAS Perak

PAS Perak seru derma Jihad Palestin Fasa 1 sehingga 30.5.2021

32
SHARE

Assalamu’alaikum wmt wbr.,

Kesengsaraan umat Islam Palestin yang menghadapi pembantaian oleh rejim haram Israel tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ratusan nyawa yang tidak berdosa melayang. Sekolah, bangunan kerajaan dan tempat kediaman menjadi sasaran keganasan.

Derita panjang umat Islam Palestin tidak harus dibiarkan berlarutan. Sehubungan itu, BPPNPK melancarkan Derma Jihad Palestin bagi membantu saudara-saudara kita di sana yang sangat memerlukan pertolongan.

Saya ingin mengarahkan supaya setiap PAS Kawasan  melancarkan kutipan derma jihad yang sama. Begitu juga Dewan-dewan di peringkat kawasan mestilah berganding bahu menjayakan hasrat murni tersebut.

Bayaran boleh dimasukkan ke akaun Badan Perhubungan PAs Perak dahulu.

Badan Perhubungan Pas Perak

Maybank 08013010014932

Semua sumbangan terkumpul akan diserahkan kepada seketariat # Aid4palestine.

Semoga usaha murni kita yang sedikit ini, mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT. Marilah kita mendoakan agar kesengsaraan rakyat Palestin segera berakhir.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

HJ RAZMAN ZAKARIA.

Pesuruhjaya PAS Perak

3 Syawal 1442H.

( Bagi tujuan rekod sebarang kemasukan mohon maklum kepada Bendahari BPPP Hj Ismail +60195902173 )