Home Berita PAS Perak

ADUN DAP Fitnah | PAS Perak Menafikan Tuduhan Terima Tanah

1086
SHARE

Ipoh:Pesuruhjaya PAS Perak menafikan tuduhan jahat ADUN Keranji YB Chong Zhemin terhadap PAS ada menerima tanah seluas 16,364 meter persegi pada 10 Ogos 2018 dalam sidang DUN negeri perak Khamis lalu.

YB Haji Razman Haji Zakaria mempersoalkan tujuan tuduhan itu dibuat kerana skala yang digunakan oleh ADUN Keranji seolah-olah untuk mengelirukan rakyat.

Kebiasaan keluasan tanah ini disebut hektar atau ekar akan tetapi Zhemin menggunakan ‘meter persegi’. unit yang lebih kecil.

Hasil dari pada semakan dengan pihak Pejabat Tanah dan Galian Perak menyatakan ada satu transaksi tanah pada 4 Disember 2012 keatas tanah jenis pertanian dan No. Hakmilik GM 128 yang berkeluasan 4 Ekar 7 Pole di Mukim Changkat Jong dalam daerah Hilir Perak.

Tanah tersebut dipindahmilik oleh Jaharah Binti Sulan kepada Ketua Cawangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Cawangan Langkap,Perak sebagai pemegang amanah dengan keluasan 1/40 bahagian bersamaan dengan 0.1011 ekar.

Haji Razman menegaskan pemindahan tanah tersebut bukan daripada kerajaan BN seperti yang difitnah oleh ADUN DAP tersebut, ia dipindahkan oleh penama yang dibuat pada tarikh 4 Disember 2012.

PAS Perak menuntut ADUN DAP itu membetulkan semula fakta serta menarik semula tuduhan dan membersihkan nama PAS menerima daripada kerajaan BN itu merupakan satu fitnah jahat dengan niat memburuk-burukkan PAS.

Ketua Pemuda PAS Perak Ustaz Akmal Hj Kamarudin menegaskan bahawa pihak PAS menunggu ruang untuk membawa isu ini didalam dewan hari ini dan akan cabar ADUN tersebut diluar dewan untuk kita ambil tindakan mahkamah.