Home Berita PAS Sabah

PAS Pensiangan Menjadi Harapan Rakyat

1102
SHARE

Oleh: AMIRUDDIN MOHD ROSDI

KOTA KINABALU: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pensiangan terus bergerak maju dan menjadi harapan masyarakat Pensiangan.

Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin menyuarakan rasa yakin bahawa PAS Pensiangan boleh berkembang dengan baik dan menjadi pilihan masyarakat Pensiangan. Beliau ditemui dalam satu program sukan rakyat dan perjumpaan dengan ahli di Kampung Sinar Harapan, Pensiangan di sini kelmarin.

“Ini kerana rakyat sekarang sudah boleh melihat dan merasai sendiri keadaan sosioekonomi rakyat yang semakin merosot.

“PAS yang terbukti sentiasa bercakap atas kebenaran dan fakta menjadi peluang terakhir untuk harapan rakyat meluahkan rasa,” ujar Aminuddin.

Sukan rakyat yang dianjurkan oleh PAS Pensiangan ini disertai oleh lebih 100 orang kanak-kanak dan remaja sekitar Kampung Sinar Harapan, Pensiangan.

Dalam ucapan penutup, Pesuruhjaya PAS Sabah mengharapkan PAS Pensiangan terus cakna dengan isu-isu masyarakat dan membina hubungan baik dengan semua lapisan masyarakat.

Tambah beliau, PAS Pensiangan juga diharapkan boleh membuka lebih banyak cawangan untuk kesinambungan politik yang lebih baik dan adil.