Oleh: Nurizyan Haziqah Hussin
PAPAR: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Papar turun memberi sedikit sumbangan makanan buat petugas-petugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Yang Dipertua PAS Kawasan Papar, Haji Abd Salim Karim turun mengetuai agihan sumbangan makanan kepada petugas yang menjaga pergerakan penduduk dari keluar dan masuk daerah Papar.
Menurut Abd Salim, PAS Papar juga turut prihatin kepada asnaf yang memerlukan sumbangan bekalan makanan keperluan dan sekiranya ada yang memerlukan boleh hubungi PAS Papar untuk diberikan sumbangan.
Tambahnya lagi, PAS Papar berbesar hati membuka peluang kepada orang awam yang ingin sama-sama membantu mereka yang memerlukan untuk menghulurkan bantuan agar dapat kita salurkan kepada mereka dalam tempoh kawalan pergerakan ini.
Sebarang persoalan boleh menghubungi PAS Papar di laman Facebook rasmi PAS Papar dan emoga kita sama-sama boleh membantu saudara kita yang sangat terkesan dengan situasi negara kita sekarang, ujarnya lagi.