Home Kenyataan Media PAS Pahang

KENYATAAN MEDIA PESURUHJAYA PAS PAHANG BERKAITAN BENCANA BANJIR DI PULAU PINANG

1,359 views
SHARE

PAS PAHANG UCAPKAN TAKZIAH KEPADA MANGSA BANJIR PULAU PINANG

Bertarikh: 16 Safar 1439H / 5 November 2017

PAS Pahang ucapkan takziah kepada semua mangsa banjir Pulau Pinang dan InsyaAllah bersedia sepenuhnya untuk membantu apa jua bantuan yang termampu melalui Khidmat Malaysia dan Jabatan Amal.

PAS Pahang akan menggerakkan seluruh jentera Parti bagi misi bantuan tersebut dengan harapan ianya dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa banjir.

Semoga semua mangsa banjir menerima ujian ini dengan redha dan sabar, juga moga Allah swt ampuni kita semua dan dipermudahkan segala urusan hambanya.

“SEJAHTERA BERSAMA ISLAM”
“PAS MEMIMPIN PERUBAHAN”

YB USTAZ ROSLI BIN ABDUL JABAR
PESURUHJAYA PAS PAHANG