Kuantan, 25 Disember – Pejabat Khidmat Masyarakat Adun Tg. Lumpur menganjurkan Program Gunting Rambut bersempena musim baru persekolahan yang bakal tiba untuk 2018.
Program yang telah berlansung sepanjang pagi tadi melibatkan 3 tempat iaitu di Pasti Az-Zahrah, Tanah Putih Baru, Pasti Mawaddah, Sg. Isap dan Taman Berjaya Permai dengan kerjasama dari 3 Pas Cawangan yang terlibat.
Encik Sulong, Setiausaha Pejabat Adun Tg. Lumpur berkata, setiap peserta yang terlibat hanya perlu membayar sebanyak RM2 sahaja untuk mendapatkan khidmat gunting rambut yang disediakan.
Katanya lagi, program ini salah satu daripada program tahunan khidmat masyarakat Adun Tg. Lumpur kepada rakyat sekitar Dun Tg. Lumpur bagi meringankan beban tanggungan ibu bapa setiap kali musim baru persekolahan bermula.
Oleh itu, Pejabat Khidmat Rakyat Dun Tg. Lumpur amat memerlukan sumbangan orang ramai bagi menjayakan segala aktiviti kebajikan dan bantuan kepada orang yang memerlukan. Sumbangan boleh dibuat melalui akaun Maybank Dana Kebajikan Rakyat Dun Tg. Lumpur – 556226402359.