Home Berita PAS Pahang

PAS Pahang | Pemuda Berbaju Fastaqim

1062
SHARE

KUANTAN – Petang sebelum kuliah dia cal nak jumpa di Masjid selepas kuliah, dia bukan warga Kuantan, tapi dia sanggup datang, dia baru kawin dalam enam bulan lalu. Kerja sebagai pemandu sebuah syarikat dengan gaji lebih kurang rm1200 sebulan. Berkahwin dengan pilihannya sendiri, Isterinya kini tidak bekerja.

Sebulan selepas kawin barulah dia tahu yang isterinya pernah buat pinjaman dengan along semasa belum berkahwin, pinjaman dibuat kerana nak buat majlis kawin, masa dia berkahwin dia dikenakan hantaran 7k, cukuplah untuk Majlis kecil-kecil, tapi majlis yang dibuat agar besar dan meriah, dia tidak tahu bahawa isterinya meminjam along.

Bila dia bertanya kepada isterinya, isterinya bagitau bahawa maknya yang suruh dia meminjam dengan alasan kalau dapat suami nanti, biar suami dia yang bayar, cerita isterinya begitu. Lepas kawin dia berpindah tinggal dirumah sewa yang kecil dan agak murah sekitar rm250 sebulan, mencukupi untuk berdua. Isterinya diminta berhenti kerja krn ia rasa mencukupi dgn gaji dan overtimenya.

Selepas sebulan barulah dia tahu bila isterinya terpaksa berterus terang, untuk bayaran bunganya sahaja mencecah rm400 sebulan, inilah yang memeningkan dia, bila dia berbincang dengan ibu mertuanya, ibu mertua dia jawap bahawa dia kenalah tanggung hutang tu sebab itu hutang isteri dia dan hutang tu pun utk kos majlis kawin.

Dah hampir 6 bulan dia terpaksa tanggung, memang derita juga ni Ustaz” katanya, “gaji saya campur overtime pun hanya sekitar rm1500 jer, bila terpaksa bayar hutang along tu memang letih lah, tapi nak buat macamana, nak marah perkara dah berlaku, memang penatlah jawapnya”, keluhnya.

“Sewa rumah rm250, myvi saya dalam rm400, berapalah sangat baki yang tinggal untuk kami makan minum jika bayar duit along, isteri pula alahan, memang tak boleh kerja”, tapi dia tenang, sambil cerita sambil senyum dan ada masa dia ketawa, cuma nasibnya agak baik sikit sebab adik lelakinya yang masih bujang membantunya sikit-sikit.

Tak mungkin dia boleh settlekan semua duit along, banyak juga, katanya. “Nak luah perasaan je Ustaz”, katanya, dia sayangkan isterinya, tapi kesal dengan apa yang berlaku, ” Ustaz tulislah cerita ni, biar jadi pengajaran kat orang lain, jangan tulis nama saya deh, ambil dia ketawa.

“Saya jumpa Ustaz pun bukan nak suruh Ustaz bayarkan, nak minta nasihat je, orang kata kalau jumpa sifu, hati jadi tenang, ha3”, kata dia “awak ingat saya ni M.Nasir ke?, kata saya, kami ketawa, “tak lah, minta Ustaz doakan saya dan nasihatkan saya, bimbang juga takut jahanam rumah tangga, saya sayang kat isteri saya Ustaz”, katanya.

“Yang penting jaga hubungan keluarga, dgn isteri dan mertua, banyak berdoa dan usaha selesaikan masaalah, jangan ungkit lagi kesalahan dia, barang dah lepas, jadikan pengajaran, bincang sama2, InsyaAllah ada jalannya nanti”, kata saya, dia angguk dan senyum je manjang.

“Ingat nak gi Fastaqim Pahang ni, tapi hari sabtu kerja la pulak”, “takpelah, awak kerja jer lah dan doa moga majlis berjalan lancar” kata saya , ” nanti 20 januari saya pakai baju Fastaqim masa kerja”, sambil tangannya memegang baju Fastaqim yang sedang dipakainya. Dalam susah2 begitu pun sempat lagi dia beli baju Fastaqim, saya hadiahkan dia sehelai, kebetulan ada baju Fastaqim Pahang yang orang hadiahkan kpd saya, saiz sama jer.

Myvi merahnya berlalu, membelah malam, kasihan juga melihatnya, ambil kisah ini sebagai pengajaran, orang tua kata ‘ukur baju dibadan sendiri’, tapi teringat pulak bandingan dia bagi semalam “honda 70cc tapi nak berlumba dengan Ducati 250cc”, tak padan Ustaz, akhirnya ke longkang, saya ni kira2 numpang motor orang jatuh ke longkang lah ni”, katanya sambil gelak.

Semoga Allah bagi kepadanya jalan keluar.

YB Ustaz Rosli Abdul Jabar

Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang