Home Berita PAS Pahang

PAS Pahang l YB Dato’ Khairuddin Aman Razali At-Takiri Buktikan PAS Mampu Memerintah

2465
SHARE

Kuala Lipis – 20 Mac 2018,¬†Dalam ceramah sempena pelancaran Kempen Pilihan Raya DUN Cheka di sini YB Dato’ Kahiruddin telah menjelaskan matlamat perjuangan PAS dan menghuraikan bagaimana penyelesaian masalah negara menurut cara Islam. Penjelasan beliau membuktikan PAS mampu memerintah negara dan negeri ini serta membukti bahawa beliau adalah salah tokoh dilahirkan PAS untuk membawa negara ini mematuhi Islam dalam sistem pemerintahan. Pengundi Cheka seharusnya mengikut jejak pengundi Kuala Nerus yang telah memberi kepercayaan mewakili mereka di Parlimen Kuala Nerus dan pemilihan itu tidak sia-sia malah memberi keyakinan bahawa PAS mampu melakukannya.
Dalam ucapannya beliau telah menerangkan matlamat perjuangan PAS antaranya:

1. Melahirkan pemerintah dan rakyat yang patuh kepada Allah. PAS dan ahlinya menggunakan setiap ruang yang ada untuk berdakwah, bukan sahaja di masjid, surau, lisan dan tulisan hinggalah ke pentas siyasah, PAS bukan semata berkempen tetapi berdakwah.

2. PRU yang akan diadakan bukan sahaja memberi ruang kepada penduduk memilih pemimpin tetapi menjadi medan untuk menyampaikan risalah Allah.

3. Pemerintah yang diberi peluang oleh Allah untuk memerintah kenalah merujuk kepada agama Allah melalui kitab-Nya dan patuh kepada-Nya.

4. PAS akan menyediaka lebih 60 tawaran kepada rakyat dalam PRU kali ini, kini baharu mengumumkan 20 daripadanya.

5.Islam sebagai Ad-din, tiada parti lain di Malaysia ini yang menawarkan penerapan Islam dalam cara pentadbiran negara dan negeri. Islam sebagai Agama Persekutuan hanya pada tulisan dalam perlembagaan tetapi tidak pada amalan. Kerajaan har ini merujuk Islam hanya untuk ibadat saja, tetapi tidak merngkumi aspek undang-undang ekonomi, politik dan sosial.
Contohnya merujuk kepada kes seorang bernama Indira Gandhi baru-baru ini yang merayu mahkamah memutuskan kedudukan anak-anaknya di bawah umur yang diislamkan bapanya yang memeluk Islam. Mahkamah memutuskan pengislaman itu tidak sah kerana tidak mendapat persetujuan daripada ibunya yang masih tidak islam. Ini bercanggah dengan hukum Islam yang menyatakan anak itu sepatutnya kena mengikut agama bapa atau ibunya masuk Islam

6. PAS akan mempastikan komitmen ke arah penerapan hukum islam dalam setiap bidang pentadbiran kerajaan.

7. PAS berjanji untuk mengwujudkan urus tadbir yang baik dalam kerajaan. Ada tiga unsur dalam urus tadbir yang baik ini iaitu kebertanggungjawaban, ketelusan dan keberkesanan. PAS memperkenalkan urus tadbir rabbani atau ketuhanan. Urus tadbir cara ini mengikat diri setiap pentadbir kepada Allah, yakni mereka adalah hamba Allah. Kaedah sekarang mengikut cara demokrasi, jika kerajaan menjadi tuan, rakyat menjadi hamba. Dalam keadaan demikian akan berbuat apa saja tanpa mengira penderitaan rakyat. Sebaliknya jika rakyat pula menjadi tuan, kerajaan menjadi hamba, kerajaan akan berbuat dan memberi untuk mengharapkan sokongan rakyat, manakala rakyat pula melakukan apa saja seperti LGBT dan lain-lain dan kerajaan akan mempertahankannya. Dalam Islam, semua adalah hamba. Jika pemerintah sedar bahawa dia hamba Allah maka dia akan buat apa yang Allah penrintahkan.

Pemerintah yang bertanggungjawab kepada Allah, akan menyedari bahawa setiap kesalahan yang dilakukannya walau sebesar zarah akan dicatat dan dihitung di hadapan Allah. Maka dengan itu dia akan jadi orang telus, tidak menyeleweng, malah akan menjadi lebih amanah. Urustadbir rabbani ini telah dilaksanakan di Kelantan dan mereka telah membuktika kepada Jabatan Audit Negara sebagai kerajaan yang paling bersih bebas dari rasuah.

8. Diperingatkan bahawa dalam harta kamu itu ada haq orang yang meminta atau yang tidak meminta. Bahagian yang dikeluarkan untuk memenuhi hak-hak itu akan menjadi pembersih harta berkenaan. Dalam zakat ada nisabb dan haulnya tetapi hari ini kerajaan telah mengambil dari rakyat lebih daripada sepatutnya termasuk mengambil orang yang tidak sepatut diambil. Biasanya cukai diambi berdasarkan jumlah pendapatan yang diperolehi teajaancukai GST diambil berdasarkan perbelanjaan.
GST ini mengambil cukai dari orng kaya dan orang miskin dan diagih pula kepada orang kaya dan miskin juga. Ini bercanggah dengan keaedah islam.
PAS mencadangkan kewangan diurus secara berhemah tanpa ketirisan. Jikan ketirisan dijaga, maka perbelanjaan dapat dikurangkan. Ada kalanya ketirisan yang berlaku, jumlahnya lebih besar daripada jumlah hasil yang dapat dipungut.

9. Ada pendapatan orang kaya yang tidak dikenakan cukai seperti saham-saham orang kaya di bursa saham. Lebih malang lagi jika mereka tidak membayar zakat. Ada lebih daripada 1.9 trilion nilai saham di Bursa Saham, jika sebahagiannya dikenakan cukai pada kadar .5%, kerajaan boleh mengumpul RM47 b, lebih besar daripada jumlah yang dikumpul oleh GST.

10. Bank negara melaporkan bahawa di Malaysia ini terlalu tinggi bilangan rumah yang tidak mampu dimiliki oleh rakyat. Ada lebih daripada 146,000 rumah yang tidak terjual kerana harganya tetlalu tinggi berbanding dengan kemampuan rakyat. Purata sebuah rumah harganya RM330 manakala had kemampuan rakyat terbatas lepada RM282,000 sahaja. Kepada masalah ini PAS mencadangkan pnnyelesaiannya dengan memberi tanah awam kepada supaya ia boleh membena rumah dengan kos yang lebih rendah.

11. Satu lagi tawaran penyelesaian masalah rakyat dari PAS ialah bantuan membeli kereta pertama kepada golongan B40 (pendapatan di bawah RM4000 sebulan). Harga kereta menjadi mahal di Malaysia disebabkan cukai eksais yang terlalu tinggi. Sebuah kereta Proton yang dijual pada harga RM44,000 sebenarnya hanya bernilai RM25,000. Pada harga ini rakyat terbeban membayarnya kerana ditambahlagi dengan kadar faedah yang tinggi yang dikenakan oleh pihak bank. Akibatnya pembeli terpaksa mengambil masa yang panjang untuk melunaskan bayaran kereta tersebut. Kereta sudah buruk tetapi hutang belum habis dijelaskan. Penyelesaian PAS oalah menawarkan pengecualian cukai eksais dan pinjaman tanpa faedah kepada mereka yang layak itu. Tawaran ini pasti boleh membahagiakan rakyat.
Oleh sebab itu rakyat kena memberi keyakinan kepada PAS untuk memerintah negara ini kerana penyelesaian PAS adalah menurut kaedah Islam dan PAS beristiqomah untuk melakukannya.

CATATAN OLEH:
Ketua Penerangan
PAS Kawasan Lipis