Lanchang – Sesi persekolahan tiba lagi. Ketika anak-anak kita begitu teruja dengan pakaian dan peralatan baru, namun ramai lagi teman-teman mereka muram dan redha dengan kemampuan keluarga mereka. Tentu sekali mereka tidak mahu ibubapa bersedih hati kerana tidak mampu menyediakan seperti yang diidamkan.
Lanchang Sejahtera telah mengenal pasti 16 keluarga di sekitar bandar Lanchang, Batu 7, Kg. Batu Kapur, Kg. Chempaka, Kg. Mempateh dan Felda Bukit Damar yang dikira layak untuk menerima sumbangan dan tajaan dari para penyumbang yang budiman.
============================
Sedikit info tambahan bagi salah satu penerima sumbangan:
Pasangan Mohamad Anuar Bin Abdullah dan Manissah Binti Hassan yang tinggal bersama dengan ibu berhampiran Masjid Kg Gajah Mati, Mentakab. Anuar, 42 tahun bekerja sebagai buruh kampung manakala isterinya menjual kuih di depan Sekolah Rendah Batu Kapur.
Mereka dikurniakan 5 orang anak, 4 orang daripadanya telah bersekolah. Anak sulung dan anak kedua mereka berada di tingkatan 4 dan 1 di SMK Seri Semantan, manakala anak ketiga dan keempat bersekolah di SK Batu Kapur.
Untuk rekod, anak sulung dan kedua telah mendapat keputusan UPSR yang cemerlang iaitu 6A tetapi kerana faktor kemiskinan dan kesulitan, mereka terpaksa menghantar anak-anak ke sekolah biasa.
Kepada mereka yang merasa terpanggil untuk membantu mereka, sila berhubung terus dengan Saudara Anuar di talian 011-56743908
“BERSAMA MEMBINA KESEJAHTERAAN”