2 Januari – Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kuantan (JAMKK) telah merancang untuk membeli sebuah bot penyelamat baru yang lengkap untuk kegunaan aktiviti menyelamat JAMKK bersama masyarakat.
Projek ini sudah mula diwar-warkan awal bulan Disember 2017 untuk mengumpul dana sumbangan daripada orang ramai bagi membantu mendapatkan bot penyelamat ini.
Bot penyelamat yang dirancang ini bakal disediakan dengan alat menyelamat lengkap seperti jaket keselamatan, tali khas kerja-kerja menyelamat dan pelampung keselamatan.
Bot ini juga akan dibuat mengikut spesifikasi yang selamat untuk dinaiki orang awam untuk misi-misi menyelamat banjir dan sebagainya dengan ukuran bot fiber 16 kaki dan dilengkapi dengan enjin 15 kuasa kuda.
JAMKK masih memerlukan sumbangan orang ramai bagi menjayakan misi pembelian bot menyelamat ini yang memakan kos hampir RM15,000.
Bot fiber telah ditempah dengan harga kos keseluruhan RM3,000 dengan spesifikasi yang diperlukan.
Manakala kos pembelian enjin 15 kuasa kuda masih lagi diperlukan dengan harga RM5,500.
Oleh itu, salurkan sumbangan anda ke akaun rasmi Maybank JAMKK atas nama DANA KEBAJIKAN AMAL KUANTAN – 556226411916.
Hubungi talian yang tertera untuk pertanyaan dan maklumat lanjut serta memaklumkan jumlah sumbangan anda sekiranya dilakukan secara atas talian.
Semoga sumbangan orang ramai dapat membantu kami meneruskan gerak kerja kebajikan kepada masyarakat dan menjadikan ia salah satu dari amal jariah kita semua.
“BERAMAL KERANA ALLAH”