KUANTAN – Bilangan mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 7,309 mangsa melibatkan 2,052 keluarga sehingga jam 10.30 pagi ini berbanding 4,870 mangsa daripada 1,337 keluarga yang dicatatkan jam 6 petang semalam.
Semua mangsa di enam daerah terlibat, Kuantan, Rompin, Pekan, Maran dan Jerantut dan Lipis kini ditempatkan di 44 pusat pemindahan.
Berdasarkan laporan InfoBanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM), Kuantan mencatatkan bilangan mangsa tertinggi 5,663 orang daripada 1,633 keluarga yang kini ditempatkan di 24 pusat pemindahan.
Antara pusat pemindahan yang dibuka di daerah ini termasuk di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Besar (641 mangsa), Wisma Belia (635 mangsa)SJKC Chung Ching (527 mangsa), SMK Pandan (892 mangsa) Sekolah Kebangsaan (SK) Fakeh Abdul Samad (267 mangsa), (SMK) Gudang Rasau ( 263 mangsa), Dewan Orang ramai Jaya Gading (199 mangsa), dan Dewan Orang Ramai Seri Damai (156 mangsa).
“Manakala di daerah Rompin, bilangan mangsa turut meningkat kepada 665 mangsa melibatkan 178 keluarga dengan sembilan pusat pemindahan antaranya Balai Raya Kampung Setajam (178 mangsa), SK Sarang Tiong (161), dan SMK Pontian Jaya (82 mangsa)
“Banjir di daerah Pekan semakin buruk apabila bilangan mengsa meningkat 715 mangsa dari 182 keluarga dipndahkan berbanding 204 mangsa dari 52 keluarga yang dicatakan petang semalam.
Semua mangsa kini ditempatkan di tiga pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya, Nenasi, Balai raya Kampung Menchupu dan Sekolah Sinar Mutiara, Sungai Miang.
Sehingga jam 10.30 pagi ini, tiga pusat pemindahan di buka di Jerantut iaitu di Dewan Serbaguna Jerantut Feri,Balai raya Kampung Besul dan SK Teh menempatkan 35 mangsa dari 7 keluarga terjejas.
Sementara itu, selain Surau Kampung Bintang dan pusat pemindahan Kampung Baru Sungai Chedong yang menjadi antara pusat pemindahan terawal dibuka di daerah Maran , sebuah lagi pusat pemindahan di buka di daerah itu hari ini iaitu di masjid Kampung Luit.
Bilangan manngsa banjir di tiga pusat pemindahan berkenaan kini menempatkan 222 mangsa daripada 59 keluarga.
Sumber: Sinar Harian