Home Berita PAS Pahang

PAS Pahang | Jabatan Amal Kuantan siap sedia operasi banjir

1294
SHARE

Kuantan, 3 Januari – Bagi menghadapi banjir sekitar Kuantan, Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kuantan (JAMKK) sudah bersiap sedia memberikan khidmat bantuan untuk mangsa banjir.

Kata Tuan Quddus, Komandan JAMKK, sejak kelmarin hujan kerap turun dengan lebat dan pada malam hari air pasang besar kerana mengikut bacaan pasang surut sungai sekitar Kuantan, air akan pasang besar dalam tempoh 4, 5 hari ini.

Katanya lagi, sudah 3 malam JAMKK membuat rondaan dan pemantau keadaan air dan juga membantu mangsa yang berada ditempat rendah.

Pagi tadi, JAMKK bersama YB Ustaz Rosli, Adun Tg. Lumpur merangkap PJ Pas Pahang memantau sekitar Perkampungan Sg. Isap, Kg. Razali dan Kempadang melihat keadaan banjir selepas hujan turun lebat tanpa henti selama lebih 4 jam bermula lewat malam semalam.

Anggota JAMKK dan YB Ustaz Rosli sempat membantu Pusat Penempatan Permata Insyirah, Kg. Sg. Isap mengangkat barang-barang ke tempat yang lebih tinggi dan selamat.

JAMKK kini telah menyediakan 3 buah bot bagi misi membantu memindahkan mangsa banjir.

JAMKK juga masih sedang mengumpul dana bagi menyediakan sebuah lagi bot beserta enjin lengkap untuk kerja-kerja menyelamat.

Kepada orang ramai yang ingin menyumbang boleh salurkan sumbangan anda ke akaun rasmi Maybank JAMKK atas nama Dana Kebajikan Amal Kuantan – 556226411916.