Home Berita PAS Pahang

PAS Pahang | ADUN Tg Lumpur Santuni Warga Cina Tua

1708
SHARE

Kuantan, 25 Januari – Bersempena hampir dengan perayaan Tahun Baru Cina, YB Ustaz Rosli, Adun Tg. Lumpur melawat dan menyantuni warga cina tua di sebuah pusat jagaan orang-orang tua Lucky Care Home, Kg. Baru, Kuantan.

Hampir setiap tahun apabila hampir pada perayaan tahun baru cina, YB Ustaz Rosli akan menziarahi pusat jagaan ini untuk menyantuni orang-orang tua yang kebanyakkannya sudah tidak mempunyai ahli keluarga lain dan hidup sebatang kara serta memberikan sedikit cenderhati dan duit sumbangan.

Lawatan ke rumah jagaan ini sentiasa mendapat sambutan yang baik daripada pemilik dan penghuni rumah jagaan ini.

Namun kali ini, pihak Pejabat Kebajikan Dun Tg. Lumpur dan YB Adun tidak lagi disambut oleh pemilik rumah jagaan orang tua ini kerana telah meninggal dunia 2 bulan lepas akibat penyakit kencing manis.

Pusat jagaan orang tua ini sekarang dijaga oleh balu kepada mendiang bagi meneruskan usaha murni mereka.

“Menyantuni penghuni pusat jagaan ini juga diantara aktiviti kebajikan yang kita lakukan bagi menggembirakan mereka dan supaya mereka rasa dengan kehadiran kita ini menunjukkan kita mengambil peduli keadaan mereka,” kata YB Ustaz Rosli.

Katanya lagi, mereka juga mempunyai untuk digembirakan apatah lagi bersempena dengan hari perayaan mereka sebagai salah satu daripada tanggungjawab sosial kita sesama masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa.