Kuantan, 16 Januari – YB Ustaz Rosli, Adun Tg. Lumpur berkesempatan melawat mangsa kebakaran rumah di Sg. Isap 2, Kuantan malam tadi.
Kesempatan itu juga, YB Adun sempat menyerahkan sedikit sumbangan daripada pihak Pejabat Khidmat Masyarakat Adun Tg. Lumpur kepada mangsa kebakaran.
Kejadian kebakaran yang berlaku jam 5.00 petanh itu yang melibatkan 3 buah rumah yang hanggus terbakar dan 3 buah keluarga.
Kesemua mangsa kebakaran telah dipindahkan sementara di Villa Suri, Sg. Isap 2 bagi membantu mangsa sebelum mencari tempat tinggal yang lain.
Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan pihak Bomba & Penyelamat.
Semoga semua mangsa kebakaran diberikan kesabaran untuk menghadapi musibah yang melanda kepada mereka.