Home Berita PAS Pahang

PAS Pahang | Adik Amir Perlukan Bantuan Orang Ramai

1512
SHARE

Kuantan, 5 Januari – Adik Mohd Amir Muaz Bin Khairi, 4 tahun menghidapi penyakit jantung dan paru-paru sejak dilahirkan amat memerlukan bantuan sumbangan orang ramai bagi menanggung kos rawatan rutin beliau sekarang.

Adun Tg. Lumpur, YB Ustaz Rosli sempat menziarahi keluarga Encik Khairi, bapa Adik Amir, petang tadi untuk melihat keadaan Adik Amir.

Encik Amir seorang pekerja disebuah syarikat perumahan manakala ibu Adik Amir, Zamzuria Binti Zainal seorang suri rumah sepenuh masa. Mereka masih lagi mempunyai 4 orang anak dibawah tanggungan mereka.

Dengan pendapatan Encik Amir buat masa ini, tidak mampu lagi untuk menampung segala kos rawatan rutin Adik Amir.

Sehubungan itu, YB Ustaz Rosli mengajak kepada orang ramai untuk bersama-sama membantu Adik Amir dengan menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank En. Khairi Bin Mansor – 156012100911 atau terus hubungi En. Khairi sendiri – 017-9726554.