Home Berita PAS Perlis

PAS Padang Besar hulur bantuan penduduk dikuarantin

214
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

PADANG BESAR, 13 Ogos: PAS Kawasan Padang Besar menghulurkan bantuan kepada beberapa keluarga yang sedang menjalani kuarantin kendiri semalam.

Sebanyak lima buah keluarga di Kampung Panggas Kechil dekat sini telah menerima bantuan berupa barangan keperluan asas.

Antara yang turun padang pada program berkenaan ialah Timbalan YDP PAS Kawasan Padang Besar, Saad Seman dan Setiausaha PAS Kawasan Padang Besar, Hadi Hamid.

Saad yang dihubungi pagi tadi berkata, bantuan berkenaan adalah bagi membantu kesemua penerima yang tidak dapat keluar bekerja dan melaksanakan urusan harian akibat menjalani kuarantin kendiri di kediaman masing-masing.

“PAS Padang Besar memahami kesukaran yang mereka hadapi dan pada hari ini, kami telah turun padang menghulurkan bantuan kepada mereka.

“Memandangkan kesemua mereka sedang menjalani kuarantin, proses penyerahan tidak dibuat seperti kebiasaannya (serahan tangan) sebaliknya dibuat mengikut SOP yang telah ditetapkan,” katanya.