Home Artikel PAS Pulau Pinang

PAS Nibong Tebal sedia takluk semula Sg. Acheh

4176
SHARE

Oleh NURAH MAISARAH

Nibong Tebal, Isnin: UPU Sungai Acheh, UPU Sungai Udang dan UPU Sungai Setar telah melancarkan jentera pilihanraya mereka secara serentak bertempat di Pasti Sg. Acheh.

Program yang dimulai dengan bacaan Surah Yassin pimpinan Ustaz Zaharani Zainal A’Abidin diserikan dengan kehadiran para assabiqun sekitar Nibong Tebal terutamanya Hj Abdul Rahman Mahyiddin yang merupakan Calon PAS bagi N20 Sg. Acheh pada tahun 1986.

 

Pengarah JPrD Sg. Acheh Nor Zamri Latiff dalam ucapannya menekankan 2 kriteria utama yang perlu ada dalam petugas jentera pilihanraya iaitu santapan rohani dan strategi pilihanraya.

Bercakap mengenai santapan rohani, beliau berharap para petugas tidak ketinggalan untuk menyertai program qiyamullail yang diadakan secara berkala di 4 buah masjid atau surau yang telah dipilih oleh PAS Kawasan Nibong Tebal.

Mohamad Ahmad selaku Yang Di Pertua PAS Kawasan Nibong Tebal yang turut hadir dalam majlis meminta agar petugas perlu lebih kerap turun ke lapangan memberi penerangan dan dakwah kepada masyarakat sekitar.

“Masyarakat perlu didedahkan dengan strategi DAP yang bertindak untuk menggunakan lambang PKR sekiranya bertanding di Nibong Tebal,” tegas beliau kepada seluruh yang hadir.