Home Artikel PAS Pulau Pinang

PAS NIBONG TEBAL HULUR SUMBANGAN RAMADHAN RAYA

104 views
SHARE

Oleh: Ju Abdul Rahman

Nibong Tebal, Selasa 12 Jun 2018 : PAS Nibong Tebal terus mengimarahkan bulan Ramadan al-Mubarak dengan menganjurkan Program Agihan Bantuan Ramadan Raya seperti barangan keperluan dapur sempena menyambut Aidilfitri tahun ini.

Program Agihan Bantuan Ramadan Raya kali ini melibatkan 3 cawangan dalam kawasan Nibong Tebal. Cawangan Sungai Acheh, Cawangan Dato’ Keramat dan Cawangan Changkat masing-masing 10 penerima sumbangan setiap cawangan.

Sumbangan Ramadan Raya Cawangan Sungai Acheh telah disempurnakan oleh Ketua Penerangan PAS Nibong Tebal Nor Zamri Latiff, Cawangan Dato Keramat oleh YDP Tuan Mohamad Bin Ahmad manakala Cawangan changkat disempurnakan oleh Sdr Aziz Bin Ramli, SU PAS Kawasan NT merangkap ketua PAS Cawangan Changkat.

YDP Tn Mohamad Ahmad ketika ditemui berkata, Semoga dengan sedikit sumbangan berupa barang-barang keperluan seperti beras, minyak, beras pulut, santan, rempah kari, dan barangan dapur aidilfitri untuk setiap keluarga itu sedikit sebanyak dapat memberi kegembiraan di hati mereka menjelang Syawal yang bakal tiba.

Seramai 30 orang penerima bantuan adalah terdiri daripada MOSWAY (miskin, OKU, sakit, warga emas, anak yatim dan ibu tunggal)

Menurut Nor Zamri Latiff ketua penerangan PAS Nibong Tebal program sumbangan sepanjang Ramadhan ini telah melebihi 6 kali melibatkan semua cawangan dalam kawasan Nibong Tebal.

PAS Nibong Tebal mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terlibat menjayakan program Agihan Sumbangan Ramadhan Raya kali ini.

Mana-mana pihak yang ingin memberi sumbangan boleh menghubungi PAS Nibong Tebal di talian 011-1925 2328 (YDP) atau boleh terus bankin sumbangan ke akaun PAS Kawasan 08022010050558 (Bank Islam) atas nama PAS KAWASAN NIBONG TEBAL.

Ramadhan dirai Syawal diberkati.