Home Berita PAS Pulau Pinang

PAS Nibong Tebal Agih Roti Arab Untuk Mangsa Banjir di Tasek Gelugur

973
SHARE

Oleh : Lea Baiduri

TASEK GELUGOR | 8 November 2017- Misi bantuan banjir diteruskan lagi, kali ini PAS Nibong Tebal jelajah di Lubuk Meriam kawasan Tasek Gelugur yang turut terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini.

Operasi yang bermula dari jam 6 petang dan berakhir 10 malam itu , bermula dengan aktiviti bergotong-royong membakar roti arab sebanyak 440 biji di masjid Permatang Buluh, seterusnya diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat.

Team PAS NT seramai 21 orang yang diketahui oleh YDP NT Muhammad Ahmad, turun meredah banjir yang masih belum surut di sesetengah tempat merasa begitu sayu melihat suasana yang mana hampir sembilan puluh peratus kerosakan harta benda akibat musibah itu.

Selain roti arab kuah sambal ikan bilis, barangan asasi yang lain turut diberikan mengikut keperluan kepada 45 buah keluarga disekitarnya.

Kehadiran team kami di sana disambut dengan hiba dan teruja, ini kerana menurut penduduk disitu, PAS adalah yang pertama datang menziarahi dan memberi bantuan kepada mereka setelah lima hari banjir berlaku.

Penduduk di situ kesal dengan sikap kerajaan negeri dan sesetengah parti yang ‘memilih bulu’ dalam memberi bantuan malah mereka memuji sikap PAS yang cakna dan prihatin membantu tidak mengira agama, bangsa dan parti.