Home Berita PAS Pusat

PAS merakamkan takziah kepada ahli keluarga Almarhum Dr. Yusnan Yusof

43
SHARE

إنا لله وإنا إليه راجعو ن

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhum Dr. Yusnan Yusof, ADUN Melor yang telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 2 pagi, 30 April 2021.

Almarhum yang juga Timbalan EXCO Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Negeri Kelantan merupakan individu penting dalam menggerakkan Jawatankuasa Pengkajian Enakmen Negeri Kelantan dengan memfokuskan kepada usaha menyemak Enakmen dan mencadangkan Rang Undang-undang (RUU) untuk dibawa ke Dewan Undangan Negeri.

Selain itu, Almarhum turut bergiat aktif dalam bidang akademik dan pernah berkhidmat sebagai Pakar Pendidikan di Education Directorate, Islamic Educational , Scientific and Cultural Organization (ISESCO), Rabat, Morocco.

Pemergian Almarhum merupakan kehilangan yang besar buat rakyat Kelantan khususnya dan Malaysia amnya. PAS mendoakan semoga Almarhum diberi keampunan dan rahmat serta di tempatkan bersama orang yang soleh.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan PAS
Parti Islam Se-Malaysia
30 April 2021 | 18 Ramadan 1442