Home Fastaqim

PAS Mara Ke Hadapan

1208
SHARE

PAS Mara Ke Hadapan

Oleh Wartawan BO

KUALA NERUS – PAS sedang bangkit, mara kehadapan dengan semakin ramai semakin golongan muda terhadap yang menyokong parti politik Islam itu.

Ia jelas dizahirkan dengan kehadiran ramai anak-anak muda Himpunan Fastaqim 2.0, dianjurkan selama dua hari yang berakhir semalam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, penyertaan dan sokongan kelompok tersebut bersama-sama dalam arus politik negara memperlihatkan PAS sedang menunjukkan potensi yang lebih positif.

“Insya Allah, saya lihat kehadiran ramai orang muda pada malam ini (malam tadi) menunjukkkan masa depan yang baik pada PAS……(mempunyai) masa depan yang sangat baik dan kita punya generasi muda yang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program kemuncak Fastaqim 2.0 sempena di Pantai Tok Jembal, di sini, semalam 30 September.

Dalam majlis penutup itu juga, Ustaz Abdul Hadi turut menandatangani buku Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) serta melancarkan Sukarelawan Jabatan Amal yang terbuka kepada semua agama, bangsa dan jantina.

WINS yang dicetuskan Lajnah Pemerkasaan PAS bertujuan membina masyarakat dan pemerintahan yang berasaskan nilai-nilai hidup Islam, berasaskan budaya politik matang dan sejahtera.

Ia adalah kerangka strategi dan pendekatan PAS dalam membina sebuah negara dengan ciri keharmonian dan keadilan sosial, ketelusan dan kecekapan tadbir urus.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, PAS akan bertanding lebih banyak kerusi tanpa menjelaskan secara terperinci jumlah kerusi terlibat.

Apa yang penting katanya, Fastaqim 2.0 mencapai sasaran kehadiran sebagaimana jangkaan dan menyifatkannya sebagai satu permulaan untuk meneruskan gerak kerja yang lain.

“Fastaqim titik tolak untuk kerja kita seterusnya. Mudah-mudahan Allah Taala beri pahala kepada semua yang terlibat,” katanya.

Sementara itu, kehadiran dua tokoh nasional pada malam kemuncak merupakan isyarat jelas bahawa parti itu tidak bersendirian serta tidak ketandusan tokoh profesional.

Ketua Penerangan PAS Ustaz Nasrudin Hassan berkata, penampilan dua tokoh itu adalah untuk bersama PAS bagi menolak rasuah.

Jelas Nasrudin lagi, tokoh yang dimaksudkan itu mantan Timbalan Ketua Pesuruhjaya, SPRM Datuk Seri Zakaria Jaffar dan mantan Timbalan pengarah JPJ, Datuk Abdul Rahim Che Daud.

“Saya nak lahirkan rasa gembira, rasa seronok dan pelbagai lagi rasa teruja dengan himpunan Fastaqim 2.0 yang jelas capai sasaran 200, 000.

“Paling teruja adalah dua tokoh nasional hadir untuk beri sokongan padu pada perjuangan PAS,”katanya kepada pemberita ketika sebaik selesai acara kemuncak Fastaqim 2.0 .

Pautan asal: http://buletinonline.net/v7/index.php/pas-mara-ke-hadapan/