Home Artikel PAS Pahang

PAS Lipis sedia hadapi PRU 15

324
SHARE

KUALA LIPIS: PAS sedia menghadapi PRU-15 jika diadakan dalam masa terdekat. Demikian kata Pengarah Jentera Pilihanraya PAS (JPrP) Parlimen Lipis, Tuan Haji Rosli Bin Nabor.

Ditanya media adakah PAS akan bertanding di mana-mana kerusi dalam parlimen Lipis, beliau menegaskan bahawa penentuan kerusi adalah keputusan pucuk pimpinan di atas namun kerja-kerja parti dalam bentuk politik, kebajikan dan dakwah tetap perlu digerakkan.

Beliau menyatakan demikian ketika di sidang media majlis taklimat dan pelancaran jentera PAS peringkat DUN Cheka sebentar tadi.

Turut bersama ketika sidang media iaitu Ust Mohamad Omar Pengarah Jentera Pilihanraya DUN Cheka dan Sdr Yusri Abd Molok Setiausaha JPrP.

Majlis dihadiri kira-kira 70 orang peserta mewakili Unit Daerah Mengundi (UDM) masing-masing.

GenggamCheka

pertahankanperikatannasional

perkukuhkanmuafakatnasional

santunicheka

DemiIslam