Home Berita PAS Sabah

PAS Libaran rai pelajar cemerlang SPM

43
SHARE

Oleh : Susilah Charles
29 Jun 2022

SANDAKAN : PAS Libaran meraikan kejayaan beberapa orang pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 lalu.

Naib Yang Dipertua PAS Libaran merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Nasruddin Lahapin telah menyampaikan hadiah berupa wang tunai, hamper dan sijil penghargaan kepada lima orang pelajar terbaik SPM 2021 sekitar Parlimen Libaran, pada Ahad.

Menurut Nasruddin, program sebegini perlu diadakan supaya dapat menjadi sumber inspirasi kepada remaja lain untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih baik.

“Kita berbangga anak-anak muda ini tetap mendapat keputusan yang cemerlang dan tidak menjadikan cabaran pandemik Covid-19 itu sebagai satu alasan bagi mencapai impian masing-masing,” ujar Nasruddin.

Salah seorang penerima, Nurul Sofea yang mendapat keputusan 5A+ dan 4A mengucapkan jutaan terima kasih dan mengukir kegembiraan atas penghargaan yang diberikan kepadanya.

Turut hadir dalam majlis, Ketua Lajnah Pendidikan PAS Libaran, Ummu Syafiqah bersama beberapa ahli jawatankuasa yang lain.

Terdahulu, satu majlis serahan sumbangan penghargaan telah diadakan bersama lebih 10 orang pelajar terbaik yang disampaikan oleh Setiausaha PAS Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan pada 20 Jun lepas.