Home Berita PAS Wilayah

PAS Lembah Pantai Dekati Rakyat

1314
SHARE

JALAN TELAWI, 1 April – Menekuni usaha mendekati masyarakat, PAS Lembah Pantai mengambil inisiatif turun padang bagi menyampaikan suara parti kepada rakyat.

Pihak jentera kawasan sempat beramah mesra dengan pengunjung dan peniaga di Pasar Malam Jalan Telawi semalam.

Program dimulakan dengan ucapan oleh pimpinan PAS kawasan, LAr Tuan Haji Fauzi yang juga merupakan tokoh serta aktivis masyarakat.

Beliau menekankan kepada hadirin supaya meneliti realiti kesempitan hidup yang dilalui khususnya oleh warga kota di celah pembangunan tanpa henti.

“Kita merasai kesan ekonomi yang tidak stabil terhadap pengurusan perbelanjaan semasa.

“Justeru, PAS telah melancarkan manifesto yang meraikan keadaan ekonomi rakyat. Antaranya ialah menghapuskan Goods Services and Tax (GST) yang membebankan rakyat serta menggantikannya dengan sistem percukaian yang lebih adil,” ujar beliau.

“Selain itu, PAS bersedia memberikan bantuan makanan asasi secara bulanan kepada fakir dan miskin serta menawarkan bantuan sekali (one-off) sebanyak RM2000 sebagai modal wanita berkerjaya memulakan kerja dari rumah.

“Oleh itu, saya menyeru kepada semua pengunjung dan peniaga memberi peluang kepada PAS untuk membawa suara Lembah Pantai ke parlimen,” tambah beliau.

Terdahulu, PAS telah mengemukakan 20 tawaran utama manifesto untuk rakyat Malaysia bagi membawa negara ke arah yang lebih sejahtera.

Program turut diserikan dengan persembahan busking oleh Saudara Man John serta edaran risalah manifesto kepada para pengunjung dan peniaga disitu.