Home Berita PAS Sabah

PAS Lahad Datu sumbang kelengkapan sekolah untuk asnaf

270
SHARE

Oleh : Yusrizal Baco
16 Mac 2022

LAHAD DATU: PAS Lahad Datu menyerahkan sumbangan kelengkapan persekolahan kepada pelajar asnaf di Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Tahfiz Lahad Datu, pagi tadi.

Seramai 50 orang pelajar asnaf telah terpilih untuk menerima kit persekolahan berupa alat tulis dan beg sekolah yang disampaikan oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS kawasan, Nizam Latuah.

Menurutnya, pemberian itu bertujuan untuk meringankan beban keluarga asnaf sekaligus menyuntik semangat pelajar untuk terus belajar ke sekolah dengan kelengkapan persekolahan yang baru.

“Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarga yang terpilih.

“Saya amat berterima kasih kepada semua penderma yang sudi menyumbang bagi menjayakan program ini,” ujar beliau yang juga merupakan Ahli Majlis Daerah Lahad Datu.

Majlis turut diserikan lagi dengan aktiviti cabutan tiket bertuah untuk tetamu yang hadir. Hadiah utama dimenangi oleh adik Fitri Harris dengan mendapat tajaan minuman susu berkhasiat C2 Joy.