Home Berita PAS Sabah

PAS Lahad Datu serah sumbangan kepada mangsa kebakaran

66
SHARE

Oleh : Yusrizal Baco
15 November 2022

LAHAD DATU : PAS Lahad Datu menyerahkan sumbangan kepada mangsa kebakaran Kampung Puyut di Pusat Penempatan Sementara, Dewan Tun Mustapha Lahad Datu, semalam.

Sebanyak 15 buah keluarga menerima bantuan berupa barang keperluan asas seperti air minuman, makanan dan juga kain sarung.

Menurut Pengerusi Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Lahad Datu, Kanizam Kamis, PAS Lahad Datu terus mengutip dana dan menyerahkan sumbangan kepada keluarga mangsa selepas kejadian tragis itu berlaku.

“Untuk fasa seterusnya, kami berusaha mencari dana untuk membeli pakaian dan barang persekolahan kepada mangsa yang bersekolah, ujarnya selepas selesai menyampaikan sumbangan.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua agensi kerajaan seperti APM, JKM dan BOMBA kerana bertindak pantas membantu mangsa.

Salah seorang mangsa, Haikal,18, menceritakan bahawa kejadian tersebut sangat cepat dan di luar kesedaran mereka.

“Kebakaran yang berlaku sekitar pukul 4 pagi itu mengejutkan kami sekeluarga dan memaksa kami untuk menyelamatkan nyawa terlebih dahulu tanpa sempat mengambil dokumen penting,” ujarnya dengan nada sebak.

Terdahulu, kebakaran yang berlaku telah mengakibatkan 11 buah rumah musnah terbakar.

Kebakaran yang berlaku awal pagi semalam turut mengorbankan seorang warga emas berusia 64 tahun yang rentung di dalam rumahnya.