Home Berita PAS Sabah

PAS Lahad Datu bantu mangsa kebakaran

73
SHARE

Oleh: Nur Marlyannah Umar
18 Jun 2023

KUNAK: Semalam, PAS Lahad Datu telah membantu menyampaikan sumbangan bakul makanan dan kelengkapan solat kepada mangsa kebakaran di Kunak.

Menurut Timbalan Ketua Muslimat PAS kawasan, Maimunah Mahmud, sumbangan tersebut hasil kutipan orang ramai selepas derma kilat dilancarkan.

“Kami mengharapkan semua mangsa tabah menghadapi ujian yang menimpa mereka dan mendoakan semoga Allah gantikan rezeki yang lebih baik.

“Marilah kita sama-sama membantu sebagai sebuah masyarakat yang sentiasa mengamalkan sifat kasih-sayang dan prihatin sesama kita,” katanya selepas menyampaikan sumbangan.

Beliau menggalakkan masyarakat turut sama memberikan sokongan kepada mangsa yang ditimpa musibah.

Turut hadir menyampaikan sumbangan Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Lahad Datu, Nur Faizan Suardi dan Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Maswan Sulad.

Terdahulu, telah berlaku satu kebakaran di Kampung Ladang Bugis pada 11 Jun lalu yang melibatkan dua buah rumah sekitar jam 9.22 malam.

Walau bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa yang berlaku.